JANUARI 2024

TYT, Premier Hadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong


KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun bermula hari ini. 

Istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan diadakan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.

Mesyuarat khas tersebut dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada istiadat tersebut juga, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg dan menteri-menteri persekutuan dari Sarawak.